02 August 2011

Cara Mengasihi Suami

Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna, selitkan jelingan-jelingan manja.
  • Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama kehendak batin suaminya dan kedua perut suaminya.
  • Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda berkerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kedan terhadap ekonomi rumahtangga.
  • Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
  • Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
  • Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
  • Jika anda meminta pertolongan suami anda dan suami membantu tetapi tidak sempurna perbuatannya, elakkan berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkan dia berjauh hati dan merajuk.
  • Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan daripada sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginya.
  • Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan mengosok-gosok badannya. Jangan sesekali mengatakan busuk, pengotor, selekeh atau kata-kata yang tidak sepatutnya dilkemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata-kata demikian.
  • Apabila anda masuk tidur bersama suami, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satuya kekasihku”.
ambilan dari

Taat… Tapi bersyarat

Dalam kehidupan berumahtangga, seorang isteri diwajibkan taat kepada suami

Gambar hiasan


Maksud taat
Maksud taat seorang isteri kepada suami ialah dengan turut sama isteri itu tinggal bersama suaminya di tempat yang disediakan serta kepatuhannya kepada suruhan suami kecuali dalam perkara larangan Allah SWT, juga terus tinggal di situ dan tidak membenarkan sesiapa masuk ke dalam tempat itu tanpa kebenaran suaminya.

Syarat taat seorang isteri
Taat merupakan salah satu hak yang diberikan kepada suami terhadap isterinya. Walau bagaimanapun hak ini bukanlah mutlak yang tidak memerlukan apa-apa keperluan. Sebaliknya ia diberi dengan beberapa syarat. Antaranya ialah syarat-syarat yang berkaitan dengan tempat tinggal yang disediakan oleh suami. Syarat-syarat itu ialah:
  1. Tempat tinggal yang disediakan adalah berasingan dan sesuai dengan taraf kewangan suami.
  2. Tempat tinggal itu sesuai dengan keadaan kedua-dua suami isteri dan dapat memberi perlindungan cukup untuk menjaga diri dan harta benda.
  3. Cukup dengan keperluan sebagai tempat tinggal seperti hamparan dan perabot.
  4. Tempat itu lengkap dengan bahagian penting seperti bekalan air, tandas, dapur dan sebagainya.
  5. Tempat itu tidak mendatangkan gangguan kepada isteri daripada sesiapa yang turut tinggal di situ.
  6. Tempat itu diduduki oleh jiran-jiran yang seagama.
Disamping syarat-syarat yang berkaitan dengan tempat, ketaatan juga hendaklah didasarkan kepada adanya amanah suami dalam menjaga keselamatan tubuh badan dan harta benda isteri dan suami pula hendaklah terlebih dahulu menjelaskan kadar maskahwin yang perlu dijelaskan segera.
Ketiadaan salah satu daripada keperluan tersebut boleh menafikan kewajipan isteri untuk taat kepada suami. Seandainya keperluan-keperluan itu dilaksanakan, menjadi kewajipan ke atas isteri mentaati suami dan turut bersama tinggal di tempat pilihan suami.
Juga dikira taat jika seorang isteri bekerja dan suaminya memberi izin kepadanya selama mana pekerjaan itu adalah dalam lingkungan tata susila dan kebenaran agama. Walau bagaimanapun dalam hal ini, suami mempunyai hak untuk tidak membenarkan isterinya terus bekerja di luar rumah. Dari pihak isteri pula dia hendaklah taat kepada keputusan suami dan isteri tidak sepatutnya berhujah dengan kebenaran yang telah diberinya dahulu.
sumber dari