26 September 2011

COKLAT MINDA jenama Hijrah

Harga Runcit
SM : RM49
S&S: RM52
 
Cara Penggunaan:
Untuk kanak-kanak bawah 7 tahun:
 1-2 biji sehari sebelum sarapan pagi

Umur 7 tahun dan lebih & orang dewasa:
2-4 biji sehari sebelum sarapan pagi

Elakkan memakan makanan tidak berzat & minuman bergas. Amalkan makan coklat ini secara berterusan.

COKLAT MINDA jenama Hijrah adalah satu produk pemakanan yang unik dan berinovasi. Ianya dihasilkan melalui adunan pemakanan yang mempunyai nilai khasiat semulajadi, halal dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Pemakanan. Sangat berkhasiat serta memenuhi keperluan diet seorang pelajar. Dalam bentuk tablet, mempunyai rasa yang enak/sedap, senang dibawa kemana-mana, pengambilan (kunyah ianya lembut) dan penyimpanan yang mudah.
Coklat Minda mampu bertindak sebagai pemuliharaan EQ dari aspek:
  • Khasiat pemangkin (catalyst) yang berupaya mempertingkatkan daya penguasaan kebijaksanaan perasaan.
  • Khasiat perangsang (stimulator) yang boleh menambah keupayaan penggunaan kedua-dua kemahiran perasaan (mental) dan kemahiran lahiriah (jasmani) secara semulajadi di dalam diri pelajar itu sendiri.
  • Khasiat penjana (energizer) yang mampu membekalkan tenaga secara semulajadi untuk proses pembelajaran yang memerlukan tahap tumpuan yang tinggi secara istiqamah dengan keupayaan mengawal perasaan dan minda dengan bijaksana tanpa perhatian dan kawalan berlebihan oleh pihak lain.
  • Membekalkan sumber pemakanan yang lengkap dan seimbang dengan khasiat yang amat diperlukan oleh tubuh, khususnya untuk keperluan organ otak bagi menjana emosi yang stabil serta minda yang cerdas dan cergas.
Khasiat Dan Kebaikan
  • Meningkat dan Menguatkan
    Anda seorang pelajar dan sentiasa memerlukan daya konsentrasi yang baik, tetapi anda cepat lupa maklumat yang telah dibaca atau tidak fokus apa yang  diajar oleh guru. 
  • Mengatasi rasa gugup
    Anda juga mengalami fobia dan sentiasa di dalam tekanan. Semasa peperiksaan anda sering rasa gugup, masih berdebar-debar dan ‘blank’ walaupun telah membuat persiapan awal untuk menghadapi peperiksaan.
  • Memulihkan
    Fikiran terasa begitu lembab/kosong, kurang daya kreativiti dan berfikiran negatif, tidak ceria (pemarah/pemalu/rendah diri) kerana kurang berinteraksi.
  • Mengekang
    Rasa ‘give up’ walaupun perkara yang mudah, senang tetapi terasa begitu susah dan cepat mengaku kalah
Impak Awal Semasa Pengambilan Produk
  • Fikiran terasa segar dan mampu berfikir  dengan lebih tenang.
  • Mudah mengimbas kembali maklumat yang dibaca.
  • Keupayaan belajar akan lebih bertenaga, mampu mengekalkan konsentrasi untuk jangka waktu yang lebih lama.
  • Pemulihan ‘mood’ kepada lebih ceria dan positif. Rasa lebih bersemangat dan yakin boleh.

Bahan Asas Coklat Minda

Koko

Selain daripada mempunyai perbagai khasiat yang diperlukan oleh tubuh manusia, koko/coklat juga begitu sinonim dengan ungkapan positif emosi seperti sayang, rasa cinta dan keceriaan. Secara perbandingan, koko/coklat mengandungi lebih kandungan protein berbanding dengan sebiji pisang, sebatang lobak merah, sebiji oren, sebiji epal atau sejumlah kismis dengan berat yang sama. Kajian telah membuktikan bahawa koko/coklat mengandungi khasiat makanan yang seimbang.
(Sumber: Chocolate: Facts On Health and Nutrition For Educators and Health Professionals, Chocolate Manufacturers Association of the USA).

Gotu Kola (Pegaga)

Pemakanan yang menjana tenaga yang disimpan oleh badan, dan secara khusus sangat berguna membantu sistem saraf (nervous system). Gotu Kola ada kala digelar food for the brain. Di negara barat ianya sangat popular sebagai ‘nerve tonic’ untuk megurangkan ketegangan dan menguatkan daya ingatan. Gotu Kola membantu mengatasi ‘stress’, memulihkan ‘reflexes’ dan meningkatkan kecerdasan mental dan tenaga fizikal. Triterpenes yang terdapat pada Gotu Kola bertindak melegakan ketegangan dan kerunsingan (antidepressant activity).
(Petikan kajian oleh Zhong Yao Cai. 2003 Dec;26(12):870-3).

Kacang Soya

Kacang soya menawarkan complete protein profile dan mengandungi semua essential amino acids yang diperlukan oleh diet seseorang. Kacang soya bukanlah sejenis pemakanan ajaib, tetapi ianya adalah contoh di antara jenis pemakanan yang mempunyai nilai diet lengkap serta mempunyai kesan positif kepada kesihatan.
(Petikan  kata: Christine Lewis, Acting Director of the Center for Food Safety and Applied Nutrition's Office of Nutritional Products, Labeling and Dietary Supplements USA).

Susu Kuda

Alternatif kepada mereka yang alah kepada susu lembu (lactose intolerance) kerana gumpalan lemak susu kuda lebih halus dan hampir menyamai susu ibu manusia. Terdapat banyak kajian oleh saintis pemakanan telah melaporkan komposisi protein dan lemak susu kuda adalah yang paling hampir dengan susu ibu manusia. Komposisi lemak dan pecahan protein, menyatakan susu kuda lebih menyamai susu manusia berbanding dengan susu lembu.
(Kajian Godovac Zimmermann et  al., 1987; Businco et al., 2000; Horrobin, 2000).  

[talkshow@ikimfm]
28-07-2011 (Khamis). Masa: 2.30 PTG.
 
tempahan boleh dibuat :
kawasan : Alor Setar, Kolej Universiti Insaniah, Baling, Sg Petani, Felda Lubok Merbau
sila hubungu : 019-413 0680 Sofiah Mohd Yusoff
 

02 August 2011

Cara Mengasihi Suami

Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda. Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna, selitkan jelingan-jelingan manja.
  • Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama kehendak batin suaminya dan kedua perut suaminya.
  • Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda berkerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kedan terhadap ekonomi rumahtangga.
  • Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
  • Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu. Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.
  • Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.
  • Jika anda meminta pertolongan suami anda dan suami membantu tetapi tidak sempurna perbuatannya, elakkan berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkan dia berjauh hati dan merajuk.
  • Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan daripada sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginya.
  • Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan mengosok-gosok badannya. Jangan sesekali mengatakan busuk, pengotor, selekeh atau kata-kata yang tidak sepatutnya dilkemparkan, kerana hati suami akan tersentuh apabila isteri berkata-kata demikian.
  • Apabila anda masuk tidur bersama suami, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satuya kekasihku”.
ambilan dari

Taat… Tapi bersyarat

Dalam kehidupan berumahtangga, seorang isteri diwajibkan taat kepada suami

Gambar hiasan


Maksud taat
Maksud taat seorang isteri kepada suami ialah dengan turut sama isteri itu tinggal bersama suaminya di tempat yang disediakan serta kepatuhannya kepada suruhan suami kecuali dalam perkara larangan Allah SWT, juga terus tinggal di situ dan tidak membenarkan sesiapa masuk ke dalam tempat itu tanpa kebenaran suaminya.

Syarat taat seorang isteri
Taat merupakan salah satu hak yang diberikan kepada suami terhadap isterinya. Walau bagaimanapun hak ini bukanlah mutlak yang tidak memerlukan apa-apa keperluan. Sebaliknya ia diberi dengan beberapa syarat. Antaranya ialah syarat-syarat yang berkaitan dengan tempat tinggal yang disediakan oleh suami. Syarat-syarat itu ialah:
  1. Tempat tinggal yang disediakan adalah berasingan dan sesuai dengan taraf kewangan suami.
  2. Tempat tinggal itu sesuai dengan keadaan kedua-dua suami isteri dan dapat memberi perlindungan cukup untuk menjaga diri dan harta benda.
  3. Cukup dengan keperluan sebagai tempat tinggal seperti hamparan dan perabot.
  4. Tempat itu lengkap dengan bahagian penting seperti bekalan air, tandas, dapur dan sebagainya.
  5. Tempat itu tidak mendatangkan gangguan kepada isteri daripada sesiapa yang turut tinggal di situ.
  6. Tempat itu diduduki oleh jiran-jiran yang seagama.
Disamping syarat-syarat yang berkaitan dengan tempat, ketaatan juga hendaklah didasarkan kepada adanya amanah suami dalam menjaga keselamatan tubuh badan dan harta benda isteri dan suami pula hendaklah terlebih dahulu menjelaskan kadar maskahwin yang perlu dijelaskan segera.
Ketiadaan salah satu daripada keperluan tersebut boleh menafikan kewajipan isteri untuk taat kepada suami. Seandainya keperluan-keperluan itu dilaksanakan, menjadi kewajipan ke atas isteri mentaati suami dan turut bersama tinggal di tempat pilihan suami.
Juga dikira taat jika seorang isteri bekerja dan suaminya memberi izin kepadanya selama mana pekerjaan itu adalah dalam lingkungan tata susila dan kebenaran agama. Walau bagaimanapun dalam hal ini, suami mempunyai hak untuk tidak membenarkan isterinya terus bekerja di luar rumah. Dari pihak isteri pula dia hendaklah taat kepada keputusan suami dan isteri tidak sepatutnya berhujah dengan kebenaran yang telah diberinya dahulu.
sumber dari